Kelantan adalah destinasi pelancongan makanan yang wajib dilawati oleh "kaki makan" di Malaysia. Selain kaya dengan seni budaya, pantai yang cantik dan juga dikenali sebagai tempat membeli-belah, Negeri Che Siti Wan Kembang ini juga terkenal dengan pelbagai jenis makanan yang tidak ada dinegeri lain.
Disini kami AG Car Rental - Kereta Sewa Kota Bharu ingin berkongsi antara destinasi makan-makan yang patut anda kunjungi apabila datang ke Kelantan!
1) Kedai Kopitiam Kita
Kedai makan Kopitiam Kita boleh dikategorikan kedai sarapan pagi yang paling top di Kota Bharu. Sebabnya, kedai ini mengumpulkan kesemua nasi berlauk Kelantan yang popular di sekitar Kota Bharu dan dihimpunan di sini. Kiranya, macam menjadi one stop center mengumpulkan nasi terbaik dari kalangan terbaik.
Nasi Tumpang |
Di sini anda boleh menikmati pelbagai jenis nasi dan menu seperti Nasi Air Dingin, Nasi Kak Wok, Nasi Tumpang Kubang Pasu, nasi lemak dan banyak lagi. Menu lain yang disediakan ialah Roti Titab dengan telur masak separuh iaitu menu asal kedai ini. Orang-orang ternama dari kalangan VIP, tokoh politik, artis, pemain bola sepak dan ramai lagi telah berkunjung di sini dan anda boleh saksikan sendiri senarai gambar golongan ternama yang pernah singgah bersarapan di sini.
Roti Titab Kopitiam Kita |
Menu popular: Roti Titab, Nasi Air Dingin, Nasi kak Wok, Nasi Tumpang dan lain-lain
Alamat: 4357-A, Taman Desa Jaya, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Baharu, Malaysia.
2) Kedai Nasi Kak Wok
Nasi Kak Wok |
Kedai Nasi Kak Wok antara kedai turun temurun yang popular di Kota Bharu. Menunya simple sahaja, iaitu nasi berlauk ayam goreng atau ayam gulai. Tetapi, yang membezakannya adalah pada rasa ayam goreng berempah yang dipotong kecil-kecil dan juga rasa gulainya yang pasti membangkitkan selera serta ditambah sambalnya yang sedap.
Disebabkan kemashurannya sejak turun temurun, sudah banyak cawangan yang bertebaran di Kelantan. Ada yang diusahakan sendiri oleh waris Kak Wok, malah ada juga pengusaha yang menggunakan nama Kak Wok untuk melariskan kedainya. Jadi, jika anda ingin mencuba nasi Kak Wok, pastikan ke kedai yang asal atau ke kedai cawangan original.
Menu popular: Nasi berlauk ayam goreng
Alamat: Asal (Jalan Lundang, belakang KBMC), Cawangan (Kubang Kerian -Depan USM)
3) Warung Pak Mat Pulau Pisang
Warung Pak Mat Pulau Pisang juga merupakan lokasi kedai makan menarik yang wajib dikunjungi di Kelantan. Apa yang istimewa? Sudah tentu Sup Kepala Ikan. Harganya memang mahal sedikit.
Sup Kepala Ikan |
Apapun anda juga boleh makan sup ikan iaitu bahagian lain ikan dengan harga yang lebih murah. Selain itu, anda mesti cuba Teh Tarik Madu! Warung Pak Mat Pulau Pisang ni senang jer nak cari. Ia terletak di Medan Ikan Bakar Kedai Buloh menuju ke Pantai Cahaya Bulan.
Teh Beng Madu Ais Krim |
Alamat: Warung Pak Mat Pulau Pisang, Medan Ikan Bakar Kuala Besar, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
4) Restoran Nasi Ulam Cikgu
Menyediakan hidangan nasi putih serta lauk pauk seperti ikan bakar, ikan goreng, masak lemak dan ulam-ulaman segar yang dimakan bersama sambal atau budu.Berkonsepkan layan diri, anda pasti berpuas hati dengan menu yang disediakan dengan harga yang berbaloi.
Alamat/lokasi: Terletak di Kampung Kraftangan hanya 200 meter dari Pasar Besar Siti Khadijah
Waktu: Setiap hari kecuali Jumaat (11.00 pagi – 5.00 petang).
5) KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh
Nak makan ikan bakar anda mesti berkunjung ke KST Ikan Bakar Wakaf Che Yeh. Selain ikan bakar, pelbagai menu lain turut disediakan. Sudah tentu turut ada pelbagai ulam-ulaman, sambal beserta budu.
Alamat/lokasi: Terletak di Wakaf Che Yeh. Berhadapan dengan CIMB Bank.
6) Nasi Kukus Suriani
Menyediakan hidangan nasi kukus dengan pelbagai jenis lauk pauk pada harga yang berpatutan.
Alamat/lokasi: terletak hanya di sebelah Stadium Muhammad IV di jalan menuju Hospital Raja Perempuan Zainab II.
7) Maggi Tiram Pok Weil Bachok
Jika anda menuju ke Bachok, boleh lah singgah di sini kerana ia terletak di luar kawasan bandar Kota Bharu. Antara kedai makan yang trending sekarang di Kelantan. Menu yang popular adalah mee segera yang dimasak bersama tiram. Juga terdapat menu lain seperti tiram segar yang dimakan bersama sos istimewa, telur dadar tiram dan nasi goreng.
Alamat/lokasi: terletak di Tawang (menghala ke Bachok)
Waktu Operasi: Selasa hingga Khamis (11.00 pagi -12.00 tengah malam) Jumaat (3.00 ptg – 12.00 tgh mlm) (Isnin tutup)
8) Alemy Meggi Ketam Cherang Ruku
Menunya simple sahaja, hanyalah maggi berkuah yang diletakkan 2 ekor ketam nipah. Jika anda melalui jalan pantai menuju ke Tok bali boleh lah singgah di sini.
Alamat/lokasi: Bangunan MDPP,Jalan Pasir Puteh, Cherang Ruku, Pasir Puteh Kelantan
Waktu: Setiap hari 5.00 petang – 2.00 pagi
9) Maggi Ketam Relax Cafe Pasir Pekan
Kali ini kita keluar sedikit dari bandar Kota Bharu namun ianya tidaklah sejauh mana. Lebih kurang 15 km sahaja daripada bandar Kota Bharu. Kalau daripada Kota Bharu, ia terletak di Pekan Pasir Pekan jalan menghala ke Pasir Mas.
Alamat/lokasi: Pasir Pekan. Jalan menghala ke Pasir Mas.
10) KB Burger Bakar Kota Bharu
KB Burger Bakar Kota Bharu ni terletak berhadapan dengan Ibu Pejabat JKR Kelantan. Boleh dikatakan lokasinya memang senang dijumpai. Burger bakar yang menarik dan sedap boleh anda nikmati di sini.
Alamat/lokasi: Berdepan dengan Ibu Pejabat JKR Kelantan dan Kota Bharu.
11) Medan Selera Buluh Kubu
Di sini ada macam2 jenis juadah yang boleh di pilih mengikut selera masing2. Cukup terkenal dengan pelbagai jenis makanan tradisional Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang Kelantan, ayam percik, laksam, serta aneka jenis kuih-muih tradisional yang sedap-sedap belaka.
Pasar malam merangkap medan selera yang merupakan happening spot di waktu malam. Medan Selera Buluh Kubu terletak di belakang Rumah Pangsa Buluh Kubu di Jalan Maahad Off Jalan Pintu Pong, Kota Bharu, Kelantan. Waktu Operasi : 6ptg- awal pagi.
12) Nasi Ayam Kampung Telipot
Juadah istimewa, nasi berlauk ayam kampung goreng. Sungguh enak apabila dimakan panas. Sambal yang sangat sedap dan juga timun batang yg dihiris nipis. Dan paling menarik perhatian adalah ayam kampung masak gulai/kari.
Biasanya setiap orang akan ambik lebih daripada seketul ayam kampung goreng tu. Yang istimewanya warung ini ialah nasi tambahan adalah ‘unlimited’ adan FOC. Pelanggan hanya cuma bayar harga setiap ketul ayam kampung yang dimakan iaitu RM3.50 seketul dan juga minuman.
13) Aneka Colek Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Irama
Ya memang tidak sah perjalanan anda ke Kelantan jika tidak ke pantai.di negeri ini. Antara pantai yang top adalah Pantai Cahaya Bulan dan Pantai Irama Bachok. Alangkah tenangnya menjamu pelbagai juadah Colek, dan Air Kelapa di tepi pantai sambil mendengar pukulan ombak. Kedai di sekitar pantai ini biasanya dibuka dari 2petang hingga 11malam.
Bagaimana? sudah cukup buat anda menelan air liur bukan? Sebenarnya ini baru sedikit, banyak lagi tempat makan yang sedap-sedap di Kelantan. Tak payah pening-pening kepala, datang je Kelantan dengan Flight dan gunakan perkhidmatan kereta sewa dengan kami. Kami akan menjemput anda di Lapangan Terbang Kota Bharu. Nak pandu sendiri ke atau nak sewa sekali driver untuk bawa anda jalan-jalan pon boleh.
Jadi Apa tunggu lagi? Share la artikel ni kepada suami/isteri, keluarga, atau sahabat anda biar dia telan air liur sekali. Nanti boleh sama-sama Jalan-jalan cari makan di Kelantan!
kereta sewa kota bharu, kereta sewa kubang kerian, kereta sewa pengkalan chepa, kereta sewa lundang, kereta sewa lapangan terbang airport kelantan, kereta sewa kok lanas, kereta sewa pelajar, kereta sewa dengan pemandu, kereta sewa umk universiti malaysia kelantan, kereta sewa padang tembak, kereta sewa uitm kota bharu, kereta sewa kptm, kereta sewa pandu sendiri, kereta sewa chempaka, kereta sewa panji, kereta sewa mewah, kereta sewa kenduri kelantan, van sewa, mpv sewa, sewa kereta viva axia myvi alza, kereta sewa proton saga, kereta sewa hilux, sewa kereta starex innova vellfire, kereta sewa myvi baru 2018, kereta sewa murah kelantan, kereta sewa lembah sireh, kereta sewa bandar kota bharu, kereta sewa 24jam, kereta sewa lama