Whatsapp

KERETA SEWA KOTA BHARU | Car Rental, Chauffeuring, Leasing, Airport Kota Bharu Kelantan

Post Page Advertisement [Top]

Sekarang sudah menghampiri musim tengkujuh. Seluruh Malaysia hujan sudah mulai turun dengan kadar yang agak lebat. Negeri-negeri khususnya di Pantai Timur semenanjung sudahpun bersiap sedia untuk menghadapi banjir.
Sebagaimana yang kita ketahui, musim hujan juga jalan raya kan menjadi lebih licin dan menyumbang kepada peningkatan kemalangan, baik akibat kecuaian pemandu mahupun aspek-aspek lain seperti keadaaan jalan dan kenderaan yang kurang sempurna. Kami di Kereta Sewa Kota Bharu sedia membantu anda jika ada berlaku masalah di dalam waktu tempoh sewaan dengan kami.
Di sini Kereta Sewa Airport Kota Bharu akan kongsikan sedikit tips untuk pemanduan yang selamat sewaktu hujan. Mana-mana yang baru dapat lesen P dan bawa kereta warna kuning tu memang digalakkan sangat la baca betul-betul. Kalau anda tengah baca pada telefon bimbit, sila reject sebarang jenis panggilan yang masuk buat sementara.
Jom Sewa Kereta Di Kota Bharu Dengan Selamat Pada Waktu Hujan.
Pemanduan yang berhati hati membawa amalan dan etika yang bagus dan berdisiplin. Dalam masa yang sama juga dapat menyelamatkan nyawa orang yang tersayang di sekeliling kita. Ayuh ubah cara pemanduan dan rasai pemanduan yang sebenar di Kereta Sewa Kota Bharu. Jom tanya harga "Tanya Harga" untuk pertanyaan harga..    "Tekan Sini"
Hujan yang lebat boleh menjejaskan urusan kerja anda. Usah risau, jika anda di Kota Bharu untuk urusan kerja atau kecemasan rasanya lebih baik dan selamat jika menggunakan Khidmat Kereta Sewa Kota Bharu. Untuk memudahkan anda dari dari tempat A ke tempat B dengan cepat dan selamat, cuba rancang pemanduan dan masa anda agar tidak terbeban dengan waktu puncak. Jom tempah segera untuk pemanduan yang selesa "Tekan Sini" untuk tempahan. 
1. Perlahankan kenderaan anda
Had laju yang tertera di tepi jalan raya merupakan had maksima dan bukannya had minima. Jadi kurangkan kelajuan anda jika hari hujan apatah lagi jika hujan yang turun itu cukup lebat. Rasanya semua orang tahu lojiknya kenapa kenderaan anda harus diperlahankan demi keselamatan anda juga.
2. Nyalakan lampu besar
Lampu kereta anda berfungsi dengan dua cara di dalam keadaan hujan atau kabus. Ia membolehkan anda melihat ke hadapan dengan lebih baik dan pada masa yang sama membolehkan pemandu lain melihat kehadiran anda.
Itulah antara sebabnya kenderaan-kenderaan baharu hari ini dipasang dengan Daytime Running Light (DRL) yang cukup terang. Jangan bimbang, bil TNB anda tidak akan naik dengan penggunaan lampu kenderaan sewaktu hujan ataupun siang hari.
Ini tidak, ada DRL tetapi siap dimatikannya lagi (ambil perhatian pemandu Preve dan Suprima). Anda juga tidak digalakkan menggunakan foglight belakang sewaktu hari hujan sekalipun jika kereta anda mempunyai fungsi ini (terutamanya Vios, Vios dan Vios). Ia menyilaukan pemandu yang mengekori anda dan mungkin mereka menyangka anda sedang membrek. Tunggu salji turun baru pakai lampu kabus belakang ni.
3. Kekalkan jarak selamat
Sama dengan tips yang kedua tadi, anda perlu kekalkan jarak yang selamat dalam hujan. Cengkaman tayar yang kurang sewaktu hujan akan mengakibatkan jarak henti anda bertambah sewaktu menekan brek. Jika brek ditekan terlalu kuat, kereta anda mungkin akan tergelongsor tanpa kawalan.
Apatah lagi jika kereta anda tidak mempunyai sistem ABS tetapi rim ditukar dengan rim china dan tayar Ling Long. Tahukah korang tayar standard kilang tu direka menepati spesifikasi kereta?.
Berikan ruang yang secukupnya ketika mengekori kenderaan di hadapan. Paling baik pastikan jarak 5 saat antara anda dan kenderaan di hadapan.
4. Info trafik
Kemajuan teknologi pada hari ini membolehkan kita merancang perjalanan dengan lebih baik. Info trafik boleh didapati menggunakan perisian telefon pintar, web mahupun stesen-stesen radio tempatan. Atau boleh whatsapp kami  "Tekan Sini" untuk info cuaca di kota bharu, kami sedia membantu anda,
Rancang perjalanan anda dan ambil perhatian kepada ramalan cuaca jika anda ingin memandu ke tempat-tempat yang biasa dilanda banjir.
5. Sentiasa sabar
Kesabaran memang cukup penting sewaktu memandu, tetapi di dalam keadaan hujan, tahap kesabaran mesti ditingkatkan lagi 52.7 kali ganda. Perjalanan akan mengambil masa yang lebih lama jika hujan turun. Ingat dengan Kereta Sewa Airport Pengkalan Chepa dengan berada dalam kereta dapat menguatkan kesabaran anda dengan menikmati keselesaan penghawa dingin, haruman kereta yang menyegarkan dan kondisi kereta yang amat memuaskan hati anda,
Tak berbaloi jika anda memecut dengan kelajuan maksima untuk sampai ke destinasi anda sewaktu hujan. Sebaiknya selesaikan dulu urusan anda di bilik air jika perlu, dan makan sedikit snek sebelum masuk ke dalam kereta.
Sekurang-kurangnya anda tidak perlu mengamuk sakan jika tiba-tiba terasa ingin ke bilik air ataupun lapar sewaktu tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Bertimbang rasa kepada pengguna lain dengan mengikut lorong yang sepatutnya, jangan menghalang kenderaan yang ingin keluar dari simpang dan benarkan mereka masuk ke lorong pilihan dengan selamat.
6. Fokus kepada pemanduan
Kekalkan penglihatan ke hadapan. Perhatikan kenderaan di hadapan dan peka dengan perubahan kelajuan dan keadaan. Berhati-hati dengan takungan air di hadapan khususnya jika anda melihat simbahan air dari kenderaan yang datang dari hadapan.
Pengunaan pengelap cermin juga harus bersesuai agar tidak mengganggu pemanduan. Kalau hujan cuma berintik-rintik tidak perlulah memasang pengelap cermin dengan kelajuan tertinggi sampai nak tercabut wiper tu, orang lain tengok pun tergelak sakan ohsemm sebenarnya bila bawa kereta pada waktu hujan dengan penuh kesabaran.


7. Lemah lembut
Bukan bertukar jadi lemah lembut seperti arboq, tetapi jangan mengunakan brek dengan keras sewaktu hujan. Sama juga sewaktu memecut. Pergerakan mendadak akan membuatkan kenderaan anda hilang kawalan. Ini tidak, nak berhenti sikit saja tapi tekan brek serupa masuk korner 180km/j kat turn 1 trek sepang.
Pandu dengan cermat dan sabar. Sistem kestabilan kenderaan ataupun ESP (kalau ada) mesti sentiasa dalam keadaan aktif di dalam keadaan hujan. Pemanduan yang cermat dapat mengawal pemanduan yang berhemah dan menambahkan budaya yang baik supaya orang yang berjalan kaki tidak terkena percikan air dari kesan kita membawa kereta dengan perlahan dan berhemah.

8. Perhatian keadaan jalan raya
Hujan lebat bersama tiupan angin kencang akan membawa bersama serpihan kayu ataupun batu-batu kecil di atas jalan raya. Cuba mengelak dengan selamat apatah lagi jika aada objek besar seperti pokok tumbang dan juga tanah runtuh.
Ia boleh mengakibatkan kebocoran tayar dan pelbagai masalah serius lain. Tetapi jangan sampai terkejut dan menukar haluan secara melulu. Lain pulak jadinya nanti. Kurangkan kelajuan secara beransur-ansur dan beri isyarat yang sesuai.

8. Perhatian keadaan jalan raya
Hujan lebat bersama tiupan angin kencang akan membawa bersama serpihan kayu ataupun batu-batu kecil di atas jalan raya. Cuba mengelak dengan selamat apatah lagi jika aada objek besar seperti pokok tumbang dan juga tanah runtuh.
Ia boleh mengakibatkan kebocoran tayar dan pelbagai masalah serius lain. Tetapi jangan sampai terkejut dan menukar haluan secara melulu. Lain pulak jadinya nanti. Kurangkan kelajuan secara beransur-ansur dan beri isyarat yang sesuai.
9. Jauhi limpahan air
Ingat! Kereta anda bukan jet ski. Jauhi dari lopak air dan jangan main redah sewaktu memandu. Jika terpaksa juga pastikan had ketinggian air dengan ketinggian kenderaan anda. Jangan teruskan jika melebihi had yang sepatutnya.
Tetapi jika sudah terpaksa, pandu dengan perlahan dan kekalkan tekanan pada pedal minyak. Kekalkan haluan pada tempat yang dituju.

10. Tayar yang sesuai
Pastikan bunga tayar masih berkeadaan baik untuk cengkaman yang lebih ketika hujan. Paling baik periksa atau tukarkan dengan tayar baru sebelum musim hujan menjelma. Kalau tayar dah mencecah paras penanda boleh tukar dengan segera. Pemanduan dengan Kereta Sewa Kota Bharu Airport anda tak perlu risau atau ragu lagi dengan kondisi enjin dan tayar kereta kerana setiap kereta yang telah selesai tempoh penyewaan team kami akan periksa dari A hingga Z untuk menjamin keselamatan yang akan dipandu oleh penyewa yang seterusnya. Sewa dan pandu dengan selamat hati gembira pemanduan pun selamat. Sebarang pertanyaan Harga & Promosi Kereta Sewa Kota Bharu boleh "Tekan Sini" .



Jom Sewa Kereta dengan Kereta Sewa Kota Bharu Mudah / Selamat / Selesa.

Tempah Kereta Sewa Kota Bharu Sekarang !!!


Tekan Sini!!!

Hubungi Kami : +60189890800

Email  : [email protected]

Website : www.agtran.com








Sekian Terima Kasih dari AG Car Rental.

kereta sewa kota bharu kereta sewa kubang kerian kereta sewa pengkalan chepa kereta sewa lundang kereta sewa lapangan terbang airport kelantan kereta sewa kok lanas kereta sewa pelajar kereta sewa dengan pemandu kereta sewa umk universiti malaysia kelantan kereta sewa padang tembak kereta sewa uitm kota bharu kereta sewa kptm kereta sewa pandu sendiri kereta sewa chempaka kereta sewa panji kereta sewa mewah kereta sewa kenduri kelantan van sewa mpv sewa sewa kereta viva axia myvi alza kereta sewa proton saga kereta sewa hilux sewa kereta starex innova vellfire kereta sewa myvi baru 2018 kereta sewa murah kelantan kereta sewa lembah sireh kereta sewa bandar kota bharu kereta sewa 24jam kereta sewa lama kereta sewa dengan pemandu kereta sewa airport kelantan car rental with driver kota bharu
































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Bottom Ad [Post Page]

MOTAC License No: 9005

Registration No: 1246969-V