Whatsapp

KERETA SEWA KOTA BHARU | Car Rental, Chauffeuring, Leasing, Airport Kota Bharu Kelantan

Post Page Advertisement [Top]

chauffeur car sewa kereta dengan pemandu

Perkhidmatan Chauffeur bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia. Namun di Kelantan mungkin agak asing perkataan ini. Perkhidmatan Chauffeur sebenarnya bermaksud perkhidmatan kereta sewa bersama pemandu.

Kami di AG Car Rental – Kereta Sewa Kota Bharu telah lama menyediakan perkhidmatan ini kepada pelanggan. Pelanggan perkhidmatan chauffeur kami terdiri dari pelbagai golongan. Bukan sahaja ditumpukan kepada golongan VIP atau ahli perniagaan, malah kaki travel dari dalam dan luar Negara juga menggunakan perkhidmatan chauffeur dari kami bagi memudahkan perjalanan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain.

Pemandu Chauffeur kami adalah antara yang terbaik di Kelantan. Selain berpengalaman dan cekap dalam pemanduan, pemandu kami juga pakar tentang selok belok jalan di Kelantan dan juga seluruh Malaysia selain boleh bertindak sebagai pemandu pelancong anda dengan memberi pendapat tempat menarik yang perlu anda kunjungi.

Semestinya pemandu kami mengamalkan etika pemanduan yang cermat dan selamat untuk keselesaan pelanggan yang kami hormati. Tidak hairanlah sehinggakan kami menjadi pilihan beberapa tokoh politik luar Negara untuk menggunakan perkhidmatan chauffeur semasa urusan rasmi mereka di Kelantan.
ag car rental
Pelanggan yang kami jemput dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra Kota Bharu

Selain itu kami juga sedia menjemput anda dari Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, atau dimana sahaja anda berada jika mahu menggunakan perkhidmatan chauffeur atau ingin menyewa kereta dengan kami. 

Jadi jika anda ingin menggunakan perkhidmatan chauffeur ini di Kelantan, anda boleh lah terus menghubungi kami di talian 018-9890800

Bottom Ad [Post Page]

MOTAC License No: 9005

Registration No: 1246969-V